Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Individu Bengang Masjid Pasang Speaker Luar, Ceramah Kuat-Kuat Cerita Pasal Ina Naim

today9 December 2024

Background


Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, isu tersebut boleh diselesaikan secara berhemah sebaik mungkin tanpa menerbitkan ketidakselesaan masyarakat.

Beliau berkata, ia susulan beberapa aduan berkaitan isu berkenaan yang didakwa menganggu keharmonian penduduk di kawasan berhampiran maka siasatan berkaitan isu tersebut akan dilakukan.

“Nanti kita siasat dan semak. Sebenarnya sudah ada pihak yang mempunyai autoriti lakukan tindakan dan apa yang kita katakan bahawa sudah ada kerangka kerja, bidang kuasa.

“Namun begitu sekiranya ada apa-apa permasalahan atau apa-apa isu kita akan tangani sebaiknya. Kita tidak mahu ada apa-apa isu yang mengganggu gugat ketenteraman.

“Insya-ALLAH… kita secara berhemah sebaik mungkin tangani tanpa menerbitkan satu ketidakselesaan masyarakat,”
katanya.

Tambahnya lagi, semua pihak termasuk masjid perlu menjaga keharmonian masyarakat walaupun ia melibatkan aktiviti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post