Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @niaempirewedding, kelihatan bilik tersebut seperti sudah lama ditinggalkan kerana keadaannya sangat bersepah, kotor dan berbau.
Namun, apa yang mengejutkan orang ramai adalah rupa-rupanya bilik itu berpenghuni dan ia diduduki oleh seorang anak dara.
Kelihatan banyak kain baju yang tidak dibasuh dilonggokkan di satu tempat. Malah, ada juga telur ayam yang sudah busuk diletakkan di atas katil.
“Kemas rumah puaka part 1. Rumah ni berpenghuni tau uolss bukan rumah tinggal. Aku ni bersabar je sepanjang mngemas bilik anak dara ni. Bayangkan, macam mana la dia tidur dengan katil bersepah, kotor, bau busuk, hamis, hancing macam ni. Dengan telur ayam, kain baju,” katanya.
Namun begitu, difahamkan gadis itu bukanlah penyewa di bilik tersebut. Dia memang menetap di rumah berkenaan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: