Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Influencer Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis, Caprice Dedah Mesej Si Mangsa Dengan Suspek

today31 May 2024

Background


Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 27 tahun terbabit telah ditahan pada 2.25 petang semalam, 30 Mei 2024 bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat pada 4.50 petang, 17 Mei lalu.

“Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumahnya di Taman Melewar.

“Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram.

“Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post