Beliau berkata lagi, Zon Bebas Sampah diperkenalkan dengan kompaun maksimum RM500 bagi kesalahan membuang sampah serta menambah kekerapan sehingga tiga kali pembersihan dalam tempoh 24 jam.
“Pemasangan 2,000 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi AI di WP Kuala Lumpur bagi mengesan aktiviti pembuangan sampah haram.
“Ops Penguatkuasaan Anti-litter dikuatkuasakan, dengan 2,457 kompaun dikeluarkan pada 2024 di bawah Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan).
“DBKL akan melancarkan Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040 yang mensasarkan 60 peratus pengurangan sisa menjelang 2040 ke tapak pelupusan.
“Ini mencerminkan komitmen berterusan JWP, bersama dengan agensinya, untuk memastikan pengurusan sisa berada pada standard tertingginya,” katanya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: