Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jadi Calon Termuda, Gadis Berusia 21 Tahun Ini Curi Tumpuan Netizen

today10 November 2021

Background


Menurut laporan, Farzana Hayani berkata, walaupun setahun jagung dalam arena politik, dia yakin pengundi semakin bijak dan matang menerima orang muda sebagai wakil rakyat.

“Usia bukan faktor utama untuk menjadi wakil rakyat, apa lebih penting berupaya memahami masalah dan berusaha selesaikannya. Saya percaya pengundi akan menilai berdasarkan tekad dan kesungguhan membantu rakyat dan membawa perubahan,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai mahasiswa, beliau akan memberikan tumpuan kepada pembangunan generasi muda dalam bidang pendidikan kerana masalah liputan internet di DUN Sungai Rambai menyukarkan golongan muda yang kini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan teknologi itu untuk belajar dan bekerja.

“Saya mahu meluaskan lagi liputan internet di DUN Sungai Rambai. Ia kini menjadi antara keperluan penting dalam kehidupan masyarakat. Bukan saja pendidikan, malah saya akan memperkasakan sektor keusahawanan wanita di Sungai Rambai,” ujarnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post