Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Jadi ‘pak sanggup’ anjur Sukan Komanwel bukan keutamaan

today17 March 2024

Background


Di tengah-tengah ‘kegilaan’ daripada ura-ura Malaysia ditawarkan jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, tiba-tiba timbul laporan bahawa Singapura sedang membuat kajian kemungkinan untuk menganjurkannya. Laporan itu dengan sendirinya menolak gembar-gembur kononnya Malaysia sahaja yang ditawarkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menggantikan Victoria yang membatalkan niatnya jadi tuan rumah atas pertimbangan ia jauh melampaui jangkaan kos AUD7 bilion (RM21.7 bilion) daripada anggaran asal AUD2.6 bilion (RM8 bilion).

Kerajaan Victoria dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta (RM1.18 bilion) kerana melanggar kontrak. Maksudnya mereka lebih bersedia kerugian wang sebanyak itu daripada perlu menanggung kos yang jauh di luar kemampuan.

Presiden Olimpik Malaysia (MOM) Norza Zakaria yang juga presiden Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia pada 11 Mac lalu berkata CGF membuat tawaran kepada Malaysia untuk menggantikan Victoria dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hishamuddin Aun


Previous post

Hiburan Semasa

‘Jadi peneman hidup peminat’

Sejak tembus dalam industri hiburan lagu hit mereka kerap menjadi siulan anak muda sekali gus membuktikan irama dibawakan mudah diterima pendengar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 March 2024