Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata laporan kejadian diterima daripada lelaki berumur 26 tahun itu jam 7.20 malam Isnin lalu menyatakan anak perempuannya yang berusia dua tahun tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai rumah pengasuh.
“Susulan itu mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis dimaklumkan oleh pegawai perubatan paediatrik bahawa mangsa sudah meninggal dunia jam 11.10 malam tadi (Selasa, 6 Ogos).
“Hasil bedah siasat yang dijalankan jam 10.45 pagi hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: