Produk utama Sunnystep seperti Balance Runner (RM475) dan Dream Sneaker (RM595) direka bentuk dengan teliti bagi menyokong gaya hidup yang sihat dan sejahtera.
Dengan kerjasama MIT Sports Lab, Sunnystep gigih mengkaji aerodinamik dan taburan tekanan yang tepat pada kasut-kasutnya bagi memastikan tekanan minimum pada bahagian kaki serta badan.
Contohnya, lapik dalaman proprietari Sunnystep, ‘Polyurethane Cloud Cushioning’ menawarkan sokongan lengkung yang stabil dan tidak tenggelam, serta kusyen gel di bahagian depan dan tumit iaitu bahagian utama yang terdedah kepada impak tinggi untuk penyerapan kejutan yang semula jadi.
Selain itu, kasut Sunnystep juga mempunyai alas yang lebih lebar serta lapik luaran yang anti-kejutan bagi meminimumkan impak dan meningkatkan kestabilan.
Ditambahkan lagi dengan bahagian atas yang mencegah lepuh, semua unsur reka bentuknya meminumumkan tekanan dan ketidakselesaan, sekali gus menjamin keselesaan berpanjangan bagi setiap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: