Sementara itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan diminta membuat aduan berhubung perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor.
Menurutnya, majikan yang ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat, boleh dikenakan tindakan.
“Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) mengenai kesediaan kerajaan negeri memudahkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan.
Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: