Di saat ini, orang ramai dan pihak berkuasa berusaha membanteras penjualan dan pembelian daging hidupan liar dan eksotik kerana ianya adalah antara punca menyebabkan kemunculan wabak berbahaya, COVID-19.
Namun seakan masih tiada kesedaran apabila terbaru, empat lelaki dari Kuching berjaya ditangkap ketika cuba membawa daging beberapa jenis hidupan liar dari Kapit untuk dijual ke pasaran luar di negeri.
Sumber: facebook
Mereka ditangkap secara berasingan ketika pemeriksaan yang dijalankan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di Mujong, Kapit pada 13 November lalu bagi mengekang kegiatan perdagangan daging hidupan liar.
Menurut SFC, dua lelaki ditahan kerana memiliki lebih 30 kilogram (kg) daging rusa dan 6.9 kg organ dalaman haiwan berkenaan, termasuk 5.5 kg daging Binturong.
“Manakala seorang ditangkap kerana memiliki tujuh kg daging landak dan seorang lagi memiliki 37 kg daging babi hutan,” jelas mereka dalam satu kenyataan harini
Bagaimanapun, penduduk yang tinggal di luar bandar dan pedalaman adalah dibenarkan untuk memburu haiwan liar bagi kegunaan sendiri, tetapi bukan untuk diperdagangkan.
Sumber: facebook
“Ini untuk memastikan masyarakat luar bandar terus mendapat makanan yang mereka perlukan.
“Setiap orang diperlakukan sama di bawah undang-undang. Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 tidak membenarkan penjualan haiwan liar termasuk spesis yang dilindungi,” katanya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Kerajaan Beri 15 Tan Makanan” – Menteri Tenaga & Sumber Asli Bersuara Isu Zoo Negara
China haramkan jualan hidupan liar
Sumber: harianmtero
Post comments (0)