Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Digantung Tepi Pagar Disahkan Meninggal Dunia

today10 July 2024

Background


Menerusi laporan, Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu menyebabkan dua beradik lelaki itu kritikal selepas memakan makanan ringan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi.

Difahamkan, makanan ringan itu didakwa telah digantung pada pagar dawai yang dipasang oleh pemilik kebun.

Ia dipercayai untuk tujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman. Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, kemudian mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post