Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keluarga Dakwa Ditegur Peniaga Buat Sewaan Khemah, Tak Bagi Bawa Tikar Untuk Berkelah

today2 October 2024

Background


Menerusi akaun @drl_amn di laman X, dia berkongsi pengalaman ditegur ketika berada di sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurutnya, ketika itu dia dan keluarga sedang duduk bersantai di pantai tersebut sambil membentangkan tikar.

Namun, datang seorang peniaga yang juga membuat sewaan khemah di situ telah menegur mereka dan melarang untuk meletakkan tikar di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, keluarganya tidak mengendahkan larangan peniaga berkenaan kerana merasakan ia tidak salah dan tidak mengganggu pengunjung lain. Malah, peniaga tersebut siap memerli keluarganya.

“Aku dengan family letak tikar depan khemah dorang. Ada brader yang jaga khemah cakap tak boleh letak tikar sini. Buat donno je. Dia perli-perli buat tak tahu je. Dia tak boleh buat apa pun,” tulisnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman