Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti akan mengadakan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste).
Kempen tersebut akan dijalankan seperti maklumat di bawah :
• Tarikh : 11 – 21 Julai 2023
• Jam : 9:00 pagi – 3:00 petang
• Tempat : Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti
E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama / usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa.
Kepada orang ramai yang ingin melupuskan barang-barang secara selamat seperti senarai di atas adalah dialu-alukan untuk membawa barangan yang ingin dilupuskan seperti maklumat yang tertera.
Kepada yang tinggal di kawasan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti dan Seberang Perai Tengah (SPT), jom kita bersama melupuskan e-sisa elektrik dan elektronik isi rumah dengan cara yang selamat. ♻️
Untuk maklumat lanjut, jom layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my atau muat turun aplikasi ‘MyEwaste’ untuk mengetahui senarai lokasi pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali berhampiran anda atau hubungi 04-5213245 (Cikgu Huda bt Omar)
“E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA”
“ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”