Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kerjasama Straits, D1 teroka potensi pengkomputeran awan serantau

today16 May 2024

Background


PETALING JAYA- Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikatnya Straits CommNet Solution Sdn Bhd (SCS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Digital One Solutions Terhad (D1) untuk meneroka potensi usaha sama dalam industri pengkomputeran awan serantau.

Melalui MoA tersebut, SCS dan D1 akan bekerjasama dan membentuk syarikat usaha sama bagi mengambil bahagian dalam teknologi awan dan meneroka peluang perniagaan pengkomputeran di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Sunny Ho Khin Choy berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama tersebut kerana D1 adalah sebuah syarikat perkhidmatan awan dan perisian terulung yang memacu transformasi pendigitalan perusahaan dengan platform awan terkemuka di dunia.

“D1 diterajui oleh pasukan pakar pengkomputeran awan yang sangat berpengalaman dari Hong Kong, Macau dan Taiwan yang membuktikan keupayaan mereka dalam memanfaatkan teknologi awan untuk inovasi digital dan memacu transformasi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post