Menerusi Berita Harian, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam tadi.
“Buaya yang kita selamatkan malam ini adalah buaya tembaga jantan sepanjang 1.68 meter berusia sekitar tiga hingga lima tahun dengan anggaran berat 15 hingga 20 kilogram.
“Ini adalah operasi menyelamatkan buaya paling pantas yang kita lakukan kerana tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, ia sudah memakan umpan segar yang kita letak,” katanya.
Tambahnya, tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup taman tasik pada waktu malam bermula malam semalam juga mendorong reptilia itu memasuki perangkap kerana suasana sunyi tanpa gangguan.
Katanya, PERHILITAN juga akan meminta MBSA terus menutup taman tasik itu pada waktu malam bagi tempoh sehari dua lagi bagi membolehkan pihaknya membuat pemantauan untuk memastikan tiada buaya lain di kawasan berkenaan.
“Buaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: