Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keselamatan Rakyat Jadi Keutamaan, Kerajaan Akan Bawa Balik Pelajar Malaysia Di Bangladesh

today22 July 2024

Background


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan akan membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh selepas pelan pemindahan segera itu mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri.

Beliau berkata, pesawat khas yang mampu membawa 350 penumpang itu dijangka meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka pada pukul 10 pagi esok, 23 Julai 2024 (waktu tempatan Bangladesh).

“Pada mulanya kita hendak sewa pesawat kapasiti 250 orang, tapi telah diputuskan pihak Air Asia akan hantar Airbus A330 wide body kerana mungkin ada tambahan individu yang menaiki pesawat itu pada saat-saat akhir.

“Kita dapati ada juga juruterbang rakyat Malaysia yang bertugas di Bangladesh turut memohon untuk kembali ke tanah air,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post