Menerusi video tersebut, Khairul Aming telah menjawab satu soalan yang ditanya oleh pengikutnya ketika sesi live.
Individu itu bertanyakan berapakah jumlah yang dihabiskan untuk percutian bersama stafnya. Khairul Aming kemudian menjawab terdapat dua kos yang terlibat.
Pertama, kos untuk membawa staf bercuti termasuklah penginapan hotel, makanan, aktiviti, pengangkutan dan duit poket. Ia dianggar sekitar RM200,000 hingga RM300,000.
Malah, dia juga perlu menanggung kos kerugian produksi apabila kilangnya ditutup selama lima hari iaitu sekitar RM700,000 hingga RM750,000.
Setelah digabungkan, jumlah keseluruhan kos yang terlibat adalah hampir RM1 juta.
“Saya dah dedicate every year nak celebratekan staf,” katanya.
Tambahnya, dia akan cuba melakukan perkara ini setiap tahun walaupun kilang perlu ditutup sementara.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: