Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kim Pan Gon Mahu Tiga Mata Dari Taiwan

today20 November 2023

Background
Kim Pan Gon


Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon enggan lepaskan peluang untuk membantu mencipta sejarah baharu dengan menewaskan Taiwan pada aksi kedua Kumpulan D  kelayakan Piala Dunia 2026 malam esok.

Berdasarkan rekod, Malaysia tidak pernah menang di tempat lawan dan tewas dalam tiga perlawanan terakhir di gelanggang Taiwan sejak tahun 2000 termasuk yang terbaharu tunduk 0-2 pada aksi persahabatan pada September 2018.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Kim Pan Gon menegaskan skuad Harimau Malaya kali ini berwajah baharu dan anak buahnya sedia tampil aksi terbaik untuk membawa pulang tiga mata.

“Sejarah adalah sejarah, kami pasukan baharu, jurulatih baharu dan saya fikir ini pertembungan yang baharu. Seperti saya katakan, kami menghormati Taiwan dan kami juga menghormati sejarah.

“Namun, kami mahu mencipta sejarah baharu dan kami mempunyai impian untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Jadi, untuk mencapainya kami harus berjuang mendapatkan tiga mata esok,” katanya dipetik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post