Orang ramai dijemput hadir ke sebuah projek Konsert ‘MELODI HISTERIA’ di bawah kursus Pengurusan Produksi Muzik, ASWARA. Konsert ini menampilkan lagu-lagu OST Filem Seram Tempatan seperti, Pulangkan (Puntianak Harum Sundal Malam), Ku Seru (Puntianak Harum Sundal Malam), Sumpah (Siapa Tutup Lampu), Pelukan Angakasa (KL Vampire) dan banyak lagi pada 28 Disember ini!
Persembahan ini melibatkan IPT tempatan seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Konsert bermula jam 8.00malam bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA.
Masuk adalah PERCUMA