Selain daripada bantuan Bantuan Rakyat Prihatin (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan lain-lain lag, kerajaan juga membuka jalan lain bagi meringankan bebanan rakyat dengan meminta rakyat membuat permohonan i-Sinar KWSP sejak 8 Mac 2021 lalu.
Bagi yang tertanya-tanya apa itu i-Sinar KWSP, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Baru-baru ini Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RM 52.48 bilion pengeluaran program i-Sinar di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan membabitkan 5.94 juta pemohon dan sekaligus RM32.74 bilion sudah pun dikreditkan.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, bagi Skim i-Lestari di bawah KWSP setakat 12 Mac lalu pula, jumlah pengeluaran kumulatif adalah sebanyak RM19.45 bilion membabitkan 5.23 juta penerima, berbanding RM18.58 bilion membabitkan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, bagi yang belum lagi atau tidak sempat memohon, anda masih boleh lakukan pemohonan sebelum 30 Jun depan.
Permohonan baharu akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh itu, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
Malah, tidak ada sebarang dokumen sokongan perlu dikemukakan dan permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan dan ahli yang memohon pengeluaran i-Lestari juga layak mengemukakan permohonan i-Sinar.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Cara Tukar Amaun i-Sinar & Buat Pindaan Jumlah Pengeluaran Maksimum
Cara Semak Penyata KWSP Secara Online 24 Jam Sehari. Senang, Boleh Print Terus
Sumber: harianmetro