Golongan wanita sering menjadi mangsa dipersalahkan apabila pasangan suami isteri gagal memiliki zuriat. Hakikatnya, ketidaksuburan juga boleh merujuk kepada suami.
Buktinya, perkongsian dari seorang doktor perubatan kesihatan lelaki dan wanita, Dr. Ahmad tentang keputusan kualiti sperma seorang suami.
Menurutnya, pasangan ini gagal memiliki zuriat walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.
Keputusan tersebut menunjukkan air mani suaminya mengalami ‘azoospermia’ di mana air mani tiadak mempunyai satu pun sperma. Ini bermakna kegagalan memiliki zuriat bukan berpunca dari si isteri tetapi si suami.
“Namun, fertiliti bukan untuk cari salah siapa tapi untuk cari solusi dan ikhtiar. Paling penting rezeki semua dari Tuhan,” jelasnya.
Kehidupan bukan satu perlumbaan, yakinlah semua pasangan akan memiliki zuriat cuma cepat atau lambat saja. Kami dari Kool FM akan mendoakan semua pasangan merasa manisnya memiliki anak.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini.
Perlu Ke Anak-Anak Makan Supplemen?
[VIDEO] Kuman Bergerak-Gerak Pada ‘Face Mask’ Yang Telah Digunakan, Taubat Guna Banyak Kali!
Sumber: instagram
Post comments (0)