Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“95% Berkesan,” – Dato Dr Musa Mohd Nordin Yakinkan Vaksin COVID-19 Selamat

today21 January 2021

Background

Terima kasih Dato Dr Musa Mohd Nordin,”

Itulah ucapan ringkas dari Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Bachin menerusi ciapan akaun twitter miliknya selepas melihat penerangan dari Dato Dr Musa Mohd Nordin tentang keberkesanan vaksin COVID-19 yang bakal diedarkan kepada jutaan rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Perkara ini menjadi bualan apabila ramai yang tidak yakin dengan vaksin COVID-19 sehinggakan Berita Harian membuat pantauan menerusi Facebook, dan mereka menjumpai sekumpulan individu radikal tempatan yang menolak kaedah perubatan moden berjaya menarik sehingga lebih 40,000 ahli di media sosial.

Lebih mengejutkan lagi apabila individu yang mewujudkan kumpulan itu adalah pendukung utama gerakan antivaksin di Malaysia dan menggunakan platform media sosial ini untuk menarik lebih ramai rakyat negara itu menyertai gerakan itu.

Antara interaksi golongan yang menolak vaksin dikesan dalam kumpulan FB antivaksin.

Sumber: BH

Berikutan itu, pencerahan diberikan dalam satu perbahasan bersama Dr Musa yang juga merupakan seorang Pakar dari Hospital KPJ Damansara.

Menurutnya, jika dilihat pada sejarah pada 400 sebelum masihi ahli sejarah Greek melihat terdapat individu terkena cacar sehingga meragut lebih kurang 200 juta manusia pada kurun ke 20.

“Kemudian, pada tahun 1796 vaksin pertama berjaya dicipta dan pada tahun 1980 penyakit cacar berjaya dibasmikan hanya dengan vaksin. Inilah kehebatan vaksin yang berasaskan satu kaedah perubatan.

Malah, beliau turut menjelaskan kaedah vaksin yang dikatakan menggunakan najis binatang haram sehingga membuatkan ramai takut untuk dicucuk.

via GIPHY

“Dalam vaksin memang terdapat banyak ramuan misalnya, terdapat enzim khinzir tapi perkara ini telah dijelaskan pada tahun 1995 dalam kalangan ulama yang telah mengeluarkan fatwa di mana membenarkan kerana enzim khinzir itu bukan dimakan tetapi diambil enzim saja.

Jom dengarkan lebih terperinci menerusi video perbahasan berikut.

Jadi, bila tiba masa kerajaan minta ambil vaksin COVID-19, jom sama-sama kita daftar untuk mengekang penularan wabak berjangkit ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Orang Yahudi Ini Dakwa Suntikan Vaksin Covid-19 Boleh Ubah Lelaki Suka Kaum Sejenis

Pemuda Ini Kongsi Kenapa Malaysia Lambat Terima Vaksin COVID-19

 

 

 

 

Sumber: BH , twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *