Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ada Bakteria, Produk Air Minuman Botol Ni Ditarik

today7 December 2020

Background

Pihak berkuasa Singapura memerintahkan penarikan balik air minuman dalam botol diimport dari Malaysia selepas didapati air botol tersebut dicemari bakteria yang biasanya terdapat dalam najis, tanah, air dan kumbahan.

Pengarah Keselamatan dan Kualiti Makanan, Mohd Salim Dulatti berkata, pihaknya sedang mendapat maklumat lanjut daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) mengenai penarikan itu selepas SFA mengesan produk tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa.

Untuk pengetahuan, bakteria Pseudomonas aeruginosa adalah sejenis bakteria yang terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh ditemui di dalam air, najis, sisa kumbahan dan tanah.

Pseudomonas aeruginosa Infection | HAI | CDC

Sumber: cdc

“Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan penyakit kepada manusia, khususnya kepada golongan yang mempunyai sistem ketahanan badan yang rendah.

“Namun, produk makanan yang dicemari bakteria ini jarang memberikan kesan kesihatan kepada individu yang sihat,” katanya pada pihak media hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan dari Singapura mengatakan syraikat Cold Storage Singapore Pte Ltd, pengimport air botol akan menyelesaikan penarikan semula produk itu.

Cold Storage | Supermarket & Specialty Mart | Plaza Singapura

Sumber: capitalland

Semua produk AMB yang ditarik balik berisipadu 1.5 liter dengan tarikh luput 9 November 2022 dan keluaran kumpulan (batch) daripada jenama sama tidak dipasarkan di Malaysia.

Pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

 

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Nik Akif Syahiran

Sukan

Nik Akif Syahiran Jadi Buruan Pasukan Liga Super

Pemain muda Kelantan, Nik Akif Syahiran menjadi buruan apabila dikhabarkan beberapa pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Super musim hadapan mahu mendapatkan khidmat beliau. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zinal Azam berkongsi maklumat dimana kelab dari Pantai Timur, Terengganu FC semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan pemain berusia 21 tahun itu. Namun, pasukan lain dilaporkan turut mencuba untuk mendapatkan Nik Akiff yang tidak mendapat sambungan kontrak bersama Kelantan bagi... Klik untuk baca […]

today7 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *