Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Adik Beradik Hadiahkan ‘Hujan Duit’ RM52,000 Khas Buat Adik Bongsu Kahwin

today19 March 2021

Background

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Orang kata bertuah jika mempunyai keluarga yang besar dan ramai. Untungnya bila ada adik beradik ramai bila kita perlukan bantuan, kita ada bodygurard tidak berbayar yang boleh tolong kita. Namun, tidak dinafikan bila ada ramai adik beradik tu bertikam lidah adalah sesuatu yang tidak asing lagi tetapi bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus begitulah hubungan adik beradik.

Satu kisah adik beradik tular di Pakistan apabila, demi meraikan hari bahagia adik bongsu mereka, empat adik beradik ini sanggup menyewa sebuah helikopter untuk hari istimewa itu. Mereka bagaimanapun bukan sahaja hanya menyewa helikopter malah mereka juga menaburkan duit kira-kira RM52,000 sepanjang perjalanan itu. Wah, bertuahnya!

Tindakan adik beradik ini telah menjadikan majlis perkahwinan adik bongsu mereka satu perbualan hangat di daerah Pakistan itu serta menarik perhatian media nasional arus perdana. Menurut sumber, adik beradik lelaki itu kesemuanya menetap di Itali sejak dua dekad lalu dan berniaga di sana.

Cuma adik bongsu mereka sahaja iaitu pengantin lelaki ini yang tinggal di Pakistan untuk menjaga rumah dan tanah keluarga. Untuk meraikan perkahwinan adik bongsu itu, mereka telah pulang ke Pakistan untuk upacara tersebut. BAagaimanapun, mereka tidak hanya pulang dengan tangan kosong, mereka sempat menyewa helikopter dengan kos kira-kira RM47,000.

Kemudiannya, mereka bersama-sama menabur kelopak bunga mawar dan duit kertas bernilai RM52,000 semasa di dalam perjalanan membawa pengantin lelaki ke balai pernikahan. Perarakan ke majis perkahwinan itu sudah tentunya menarik perhatian ramai yang turut serta mengutip duit mata wang Euro dan Dollar yang ditabur itu.

Pastinya majlis perkahwinan ini menjadi perbualan ramai apabila duit kertas bertaburan di udara sepanjang perjalanan itu. Mungkin perkara ini mengejutkan masyarakat di luar Pakistan tetapi sebenarnya ini bukanlah kali pertama ia dilakukan. Sebelum ini, seorang ahli perniagaan di Gujranwala pernah melakukan perkara yang sama semasa majlis perkahwinan anak lelakinya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penjual Lokan Terkejut Jutawan Datang Beli Lokan Naik Helikopter Parking Depan Tangga Rumah

Pengutip sampah miliki helikopter

 

 

Sumber: Gulf News

Written by: Adinna


Previous post