Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Apa Nak Buat Jika Anak Kita Dicabul?

today21 December 2020

Background

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff mengeluarkan kenyaatan sebanyak 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun 2020.

Berikutan itu, doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol membuka topik ini memandangkan dia pernah mengendali kes ini dan dia turut kongsikan beberapa rangkap ayat ayah kepada kanak-kanak mangsa berkenaan ketika dia cuba memberitahu keadaan mental si kecil.

No photo description available.

Jadi, Dr. Redza berkongsi apa yang perlu dibuat jika situasi sebegini berlaku pada diri kita menerusi ciapan twitter miliknya.

  1. Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.
  2. Buat laporan polis. Ini dokumen paling penting.
  3. Bawa salinan laporan polis ke hospital.
  4. Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tidak datang untuk mengganggu keluarga mangsa.
  5. Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian kemaluan anak.
  6. Anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress, tanda trauma. Paling serius sehingga timbul rasa nak bunuh diri.
  7. Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, semua pun sudah dicabul.

Geram Betul Dengan 4 ketul", Video Kanak-kanak Ini Curi Perhatian Lagi!

Sumber: hcl  (Gambar Hiasan)

Dia turut meberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan orang sekeliling dan elakkan membiarkan anak kita mendekati dengan orang luar kerana mungkin ada yang diluar hanya ‘memakai’ topeng manusia untuk menyorok perangai ‘raksasa’ mereka.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Konon Nak Rawat, Tapi ‘Ustaz’ Cabul Pesakit

Cuba Rogol Dan Cabul Rakan Serumah Tunangnya, Lelaki Ini Mengaku Tidak Bersalah

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

EpsXG8KXcAATgXd

Sukan

Mourinho Kecam Sikap Beberapa Pemainnya

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho secara terbuka mengecam sikap segelintir pemainnya  sendiri selepas kekalahan di tangan Leicester. Mourinho menyatakan beliau tak suka dengan kelakuan beberapa orang pemainnya dalam perlawanan ini. Mourinho merasakan pasukan lawan bukannya lebih bagus, namun kesilapan Serge Aurier menurut Mourinho sebagai detik yang memberikan mereka kesukaran. Aurir memberikan penalti kepada lawan pada masa kecederaan separuh masa pertama dengan tindakan beliau... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *