Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Banduan Masukkan Botol Budu Dalam Dubur Rakannya Untuk Puaskan Nafsu Seks

today21 January 2021

Background

Sedang orang sibuk ‘berperang’ melawan Covid-19 dan membantu mangsa-mangsa banjir, ada yang sempat lakukan perkara yang tidak masuk akal. Siapa sangka botol budu boleh dijadikan salah satu barang yang digunakan untuk memuaskan nafsu seseorang? Daripada buat yang bukan-bukan, lebih baik makan nasi dengan budu betul tak?

Kejadian yang berlaku pada Disember 2020 lalu, seorang banduan telah memasukkan botol budu ke dalam dubur rakan banduannya di Penjara Pengkalan Chepa dan kini dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Difahamkan, tertuduh, Mohd Nor Ashmadian Satar yang berusia 35 itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Budu Cap Ketereh Pengeluar Sos Ikan Bilis Terbesar | AzZainMart

Menurut laporan, tertuduh dipercayai telah memasukkan botol plastik ke dalam dubur mangsa tanpa kerelaan untuk melakukan hubungan seksual dan perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik di penjara tersebut. Tambah laporan, tertuduh yang tidak diwakili peguam kini didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman mengendali kes ini dan difahamkan mahkamah tidak memberi sebarang jaminan kerana tertuduh sedang menjalani hukuman penjara.

Sebagai informasi tambahan, walaupun sesetengah berpendapat melakukan perkara seperti ini adalah sesuatu yang memuaskan,namun amalan ini mempunyai kesan buruknya yang memerlukan langkah-langkah berjaga yang khusus. Pendarahan selepas memasukkan sesuatu ke dalam dubur boleh menyebabkan masalah yang lebih serius.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi

Charles Bronson – Kisah Banduan Paling Ditakuti Dalam Penjara

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Adinna


Previous post

Isaac Angking

Sukan

Isaac Angking Buat Penampilan Pertama Bersama Skuad Kebangsaan Puerto Rico

Pemain kacukan Malaysia-Puerto Rico, Isaac Angking membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Puerto Rico dalam satu perlawanan persahabatan pasukan itu pada semalam. Angking dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Republik Dominika yang menyaksikan Puerto Rico memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0. ¡Doble cambio! Debuta Isaac Angking y Wilfredo Rivera con #NuestraSelePR. ??⚽️❤️ pic.twitter.com/r35DEVO6RY — Selecciones Nacionales de... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *