Menakutkan tapi ia benar berlaku. Satu kisah yang terjadi di Nilai, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan positif dadah. Lebih menyedihkan kanak-kanak itu dipercayai dianiaya oleh bapa tirinya. Bapa tirinya yang merupakan suspek utama bernama Mohd Faresh Khalid kini sedang giat diburu oleh pihak polis.
Menurut laporan perbuatan suspek mula terbongkar selepas kanak-kanak tersebut dilihat berkelakuan aneh oleh ibunya dan dia terus dibawa untuk melakukan pemeriksaan dan doktor di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak) telah mengesahkan kanak-kanak itu positif dadah.
Difahamkan mangsa dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April 2021 sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya semula. Namun apabila diambil oleh ibu mangsa, dia mendapati anaknya tidak berkelakuan seperti biasa dan si ibu mengambil keputusan untuk terus membawa anaknya ke hospital. Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing mendapati, mangsa positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine.
Baca artikel berkaitan: Berebut ‘Pakwe’ Dan Positif Dadah Mungkin Punca Remaja Perempuan Belasah Rakannya
Tidak ada seorang pun mahu mengalami situasi yang terjadi kepada ibu dan anak kecil ini berlaku kepada dirinya. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin haruslah kenali ciri-ciri seseorang penagih dadah yang anda perlu tahu. Ini bukanlah satu tindakan yang harus diambil ringan malah ia mungkin mampu menyelamatkan puluhan malah ratusan mangsa kanak-kanak yang dianiaya penagih dadah yang berselindung di sebalik topeng.
Ibu bapa perlu peka sekiranya:
- Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
- Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
- Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
- Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.
- Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.
- Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
- Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
- Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
- Meminta wang secara berlebihan dari keluarga.
- Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga.
- Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, senarai di atas hanyalah sebagai panduan. Kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus- terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
Baca artikel lain: “Mask Pegang Je.. Kayangan Sangat!” Tindakan Intan Najuwa Dipersoalkan Tidak Pakai Mask Keluar Rumah
Sumber: BHarian dan ApaItuDadah