Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bonda Pakar Mata Tapi….” – Prof Muhaya Mohon Maaf

today21 January 2021

Background

Semalam tular sebuah video dari Pakar Bedah Mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tentang pendapat beliau mengenai masalah kesihatan mental, khusus kepada masalah anxiety.

Menurutnya, masalah anxiety dapat diselesaikan sekiranya seseorang itu sentiasa berkata-kata positif pada diri sendiri kerana beliau percaya masalah anxiety ini disebabkan seseorang kerap memberitahu bahawa dirinya mempunyai anxiety atau kegelisahan.

Malah, lebih mengejutkan apabila beliau menolak  pengambilan ubat daripada doktor dan juga perjumpaan dengan pihak pakar psikologi bagi merawat penyakit ini.

Kenyataan tersebut telah mendapat kecaman dari warganet dan juga pakar psikologi kerana memberi solusi yang tidak masuk akal. Penyakit ini jika tidak dirawat dengan betul, boleh membawa kemudaratan.

Jadi, hari ini Prof Muhaya yang juga pakar motivasi tampil memohon maaf atas kata-kata yang mengguriskan ramai pihak. Jom ikuti IGTV beliau.

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

Bagaimanapun, warganet membanjiri ruangan komen. Rata-rata meluahkan apa yang mereka rasa dengan kata-kata Prof Muhaya sebelum ini dan menerima kemaafan dari beliau.

Image may contain: 1 person, textImage may contain: 1 person, text that says "hidayahcj It's okay bonda.. Saya pun terasa dgn video bonda sebelum ni.. Tapi saya ckp dlm hati, "it's okay. Saya yg melalui sakitnya perasaan anxiety ni Allah yg tahu saja." tak perlu diperjelaskan. Saya maafkan sahaja dan memahami apa yg cuba disampaikan oleh bonda 2h 22 likes Reply View reply halimchewan Semua org buat salah dan silap. Is okay Prof. Kadang2 kita ni bukan malaikat nak kena sentiasa betul. Terima teguran dan perbaiki apa yg patut. 2h 19 likes Reply"

Malah, ada juga memuji cara Prof Muhaya cara meminta maaf serta dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Image may contain: 1 person, text

Bagus Prof Muhaya, merendahkan ego dan meminta maaf. Biasalah, manusia tak sempurna.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Stop The Medication!” – Netizen Pertikai Doktor Pakar Mata Beri Nasihat Di Luar Bidang

Tindakan Terbaik Bila Berdepan Dengan Orang Yang Suka Mengata

 

 

 

 

Sumber: instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Gara-Gara Malu 3 Orang Pakai Baju Sama, Gadis Ini Kelam Kabut Buka Baju Di Kafe

Tambahan lagi, rata-rata penjual di Shopee dan Lazada pula akan menjual baju yang sama terutamanya jika semasa itu design baju tersebut tengah trending dan menjadi fesyen ikutan terkini.Namun, pastinya kita akan merasa malu jika terjumpa orang yang pakai baju sama seperti kita di sesebuah tempat. Bagi orang lelaki, mungkin ini bukan masalah besar tetapi orang perempuan agak sensitif apabila 'terkantoi' beli baju sama dengan orang lain.Sama juga seperti gadis ini apabila videonya... […]

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *