Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Buka Bakul Infaq Kedai MAIWP Untuk Galakkan Budaya Bersedekah,” – Dr. Zulkifli

today29 January 2021

Background

Sejak pandemik COVID-19, ramai yang terkesan dengan masalah kewangan tapi, ramai juga mereka yang berkemampuan menghulurkan bantuan.

Malah,baru-baru ini Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) telah melancarkan konsep budaya bersedekah di zaman kerajaan Tuki Uthmaniyyah.

Perkara ini dimaklumkan menerusi ciapan twitter Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

No photo description available.

No photo description available.

Image

Menurutnya lagi, cara ini sebenarnya bukan saja baru diamalkan tapi sudah meluas pada zaman Turki Uthmaniyyah dahulu.

“Misalnya peniaga roti, tidak mengambil wang baki dan menyerahkan kepada tuan kedai untuk sediakan roti lain yang sejumlah dengan baki atau keperluan lain atau wang tunai bagi keperluan mereka yang memerlukan,” tulisnya.

Image

Bagi permulaan, kedai MAIWP ini dibuka di Putrajaya di Presint 5 dan Presint 9 dan akan dikembangkan ke Kuala Lumpur serta Labuan.

Dr. Zulkifli juga berharap cara ini disambut baik oleh negeri-negeri lain kerana kini semua orang perlu saling berganding bahu membantu sama lain.

“Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan asnaf dan lain-lain golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” tulisnya lagi.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Demi Pendidikan KAFA..” – Dr Zulkifli Buat Perubahan Pembelajaran Melalui TV

KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7 Khusus Untuk Calon SPM

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *