Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Bukan Saja Geng Basikal, Geng Motosikal Pun ‘Monopoli’ Jalan Raya

today4 January 2021

Background

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend baharu masyarakat Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Berikutan itu, kecoh di berita dan media sosial tentang sikap kebanyakan penunggang basikal yang tidak patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang basikal itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

56 maut dalam 137 kemalangan babit penunggang basikal | Free Malaysia Today

Belum lagi reda isu penunggang basikal, baru-baru ini timbul pula isu penggung motosikal yang berkonvoi beramai-ramai sehingga menghalang laluan kenderaan lain.

Lebih teruk lagi apabila penunggang motosikal tersebut meminta kereta di lorong satu perlahan untuk memberi laluan kepada mereka. Perkara ini disampaikan oleh akaun Kami Pengguna Jalan Raya menerusi laman Facebook.

Image may contain: text that says "KAMI Pengguna JALAN RAYA 13h Marshal bertindak menghalang laluan kenderaan lain agar konvoi tidak berpecah. Buat pengetahuan anda, hanya pihak polis trafik yang mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian. Walaupun berkonvoi dalam kumpulan yang besar, ia bukan bermakna ia monopoli lalulintas. Hormat juga pengguna jalanraya yang lain. ain. Sumber: Malaysian Modders"

Untuk pengetahuan semua, mereka yang menunggang secara melulu dan membahayakan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 54(1) APJ 1987 dan boleh denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 selain boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan.

Hati-hati di jalan raya dan hormat pengguna jalan raya lain!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Terduduk Motor Hilang! Permaisuri Selangor Hadiahkan Athirah Motorsikal Baru

Tunggu Traffic Light 199 Punya Lama, Pemuda Ini Siap Boleh Baring Silang Kaki Atas Motor

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

7 rumah terbakar, 30 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Kota Kinabalu: Seramai 30 penduduk hilang tempat tinggal apabila tujuh rumah dan sebuah kedai runcit di Kampung Tebobon Bukit di sini, musnah dalam kebakaran, pada 2.20 pagi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Difahamkan, kebakaran bermula di kedai runcit sebelum merebak ke rumah berhampiran. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.27 pagi dan pasukan digerakkan serta... […]

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *