Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Bunuh Jiran Sebab Terdesak Dapatkan Duit Bayar Hutang, Mayat Mangsa Disorok Bawah Katil!

today10 March 2021

Background

Siapa sangka jiran yang kita anggap sebagai rakan yang boleh membantu ketika kita memerlukan pertolongan, akhirnya boleh menjadi orang yang berniat jahat terhadap kita. Itulah tragedi yang menimpa seorang wanita apabila dibunuh oleh jirannya sebelum jasad disorok di bawah katik kediaman jirannya itu. 

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di Subang Jaya, melibatkan seorang mangsa wanita warga Indonesia. Mangsa juga merupakan seorang peniaga kuih di kawasan sekitar, manakala suspek utama pula bekerja sebagai pembuat kuih di gerai mangsa. Bukan sekadar jiran, tetapi suspek juga merupakan pekerja kepada mangsa!

Minta Mangsa Datang Ke Rumah Sebelum Bunuh!

Hasil siasatan, pihak polis mendapati suspek membunuh mangsa dengan menghentak belakang badan mangsa dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala mangsa ke lantai. Bagaimanapun, sebelum kejadian, suspek berpura-pura memanggil mangsa ke rumahnya yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mangsa dengan alasan tangannya cedera dan perlukan bantuan menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi suspek serta terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000. Menurut pihak polis, barang kemas yang dipakai mangsa mungkin mendorong suspek untuk membunuh bagi mendapatkan barang kemas terbabit sebelum menggadainya untuk melangsaikan hutang.

Suami Laporkan Isteri Hilang Bongkar Kes Pembunuhan

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang oleh suaminya sejak kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya,Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata suami mangsa, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.

Suami mangsa mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah. Selepas gagal mencari isterinya, lelaki tersebut pun membuat laporan polis Balai Polis UJS 8 pada malamnya, sekitar jam 12 tengah malam. Lelaki tersebut melaporkan pada pihak polis kali terakhir dia bertemu dan berhubung dengan isterinya kira-kira pada jam 1.20 petang dan jam 3.45 petang, kelmarin. 

Bagaimanapun, suaminya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena memaklumkan kepada pihak polis bahawa kehilangan isterinya itu mempunyai kaitan dengan jiran mereka yang juga merupakan pekerja di gerai kuih isterinya. Menurut suami mangsa, dia ada mendengar cerita mengenai jirannya itu menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang. Dia turut mengetahui jirannya itu mempunyai masalah kewangan serta hutang.

Hasil maklumat yang diterima, polis akhirnya memanggil suspek, iaitu wanita berusia 39 tahun ke balai polis pada jam 3 petang semalam untuk disoal siasat. Selepas hampir tiga jam disoal siasat, suspek akhirnya mengaku membunuh mangsa di kediamannya. Suspek kemudian dibawa ke rumahnya oleh pihak polis untuk menunjukkan tempat mayat mangsa disimpan. Mayat mangsa dilihat diselubung dengan selimut dan disorok di bawah katil.

“Buat masa ini, kita masih mengesan barang kemas terdiri daripada rantai leher dan gelang yang dikatakan sudah digadai suspek dan tidak dapat pastikan jumlahnya,” kata Abd Khalid.

Sementara itu, suami suspek, 48 tahun, turut ditahan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, dia dikatakan tiada di rumah semasa kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang bagi menjalani proses bedah siasat dan Abd Khalid memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Baca juga artikel menarik lain:

Isteri Sarat Mengandung Disyaki Ada Hubungan Sulit, Maut Ditetak Suami Sendiri

YouTuber Maut Ditikam Bertubi-Tubi Akibat Permainkan Hati Kekasihnya Sendiri

Sumber berita: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Sukan

Djokovic ingkar langkah pencegahan Covid-19

Belgrade: Novak Djokovic dilaporkan ingkar peraturan pencegahan Covid-19 ketika dia mengadakan majlis membabitkan ratusan peminat di Belgrade selepas mengatasi rekod Roger Federer. Djokovic mengadakan majlis di kaki lima ketika dia mencatat rekod pemain tenis lelaki paling lama memegang gelaran pemain nombor satu. Bintang Serbia berusia 33 tahun itu berada di kedudukan teratas ranking perseorangan lelaki ATP dengan gabungan 311 minggu pada lima peringkat berbeza, mengatasi pemegang rekod... Klik untuk baca […]

today10 March 2021