Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Demi Pendidikan KAFA…” – Dr Zulkifli Buat Perubahan Pembelajaran Melalui TV

today22 January 2021

Background

Hampir setahun sekolah ditutup akibat serangan virus COVID-19. Susulan itu, perlaksanaan norma baharu dalam sistem pendidikan diperbaharui dengan cara pembelajaran dalam talian.

Kini, ramai para ibu sedang sibuk mengawasi anak mereka belajar di rumah menerusi skrin komputer riba.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan satu lagi inisiatif bentuk pembelajaran dalam norma baru pada lewat petang semalam menerusi ciapan akaun twitter miliknya.

Image may contain: text that says "Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri @drzul_albakri 0০০ Demi pendidikan KAFA anak-anak anak generasi masa depan kita kami mulakan insiatif TV Pendidikan di @TVAlhijrah. Dari Perlis sampai ke Sabah jom tonton TV Alhijrah! Abang, kakak boleh maklum kepada adik-adik di rumah"

Katanya lagi ini kerana keagamaan dan nilai murni dalam generasi muda menjadi keutamaan pihak mereka. Berikutan itu TV Al Hijrah berkerjasama dengan pihak JAKIM dan JAWI memperkenalkan satu slot khas Kelas KAFA TVAH pada setiap hari.

Image

Apabila warganet bertanya adakah siaran tersebut akan ditayang ulang? Beliau menjawab akan terdapat ulangan episod. Malah, ada juga yang meminta untuk ditayangkan di saluran YouTube.

No photo description available.

Cukup bagus inisiatif yang diambil. Sekurang-kurangnya, bukan saja kanak-kanak tapi semua peringkat umur boleh belajar tentang ilmu agama dengan platform ini. Moga usaha ini dapat diteruskan malah diperluaskan lagi kepada subjek lain.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Operasi institusi pendidikan di Kelantan, Sibu tertakluk SOP PKP

Abang Lim Teong Kim Dilantik Sebagai Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM, Razip Ismail Ganti Tempat Ong Kim Swee

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

AS dakwa Hambali, pengebom Bali

WASHINGTON: Pendakwa raya tentera Amerika Syarikat (AS) memfailkan pertuduhan rasmi terhadap ekstremis Islam Indonesia dan dua lagi individu yang terbabit dalam pengeboman Bali pada 2002 serta serangan di Jakarta pada 2003, kata Pentagon. Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *