Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Hati-Hati! Bukan Piranha Je Makan Daging Manusia, Kuman Pun Ada

today24 December 2020

Background

Selalunya kita melihat kehidupan ikan Piranha menerusi dokumentari atau menonton filem tentang ikan spesis yang gemar makan daging dan lebih menakutkan lagi daging manusia pun boleh dimakan sampai tinggal tulang.

Tapi tahu tak, terdapat juga jenis kuman yang memakan daging manusia dan kuman tersebut ada di sekeliling kita.

via GIPHY

Menurut salah seorang pakar bedah ortopedik, Dr. Mahyuddin dalam penulisan artikel The Malaysian Medical  Gazette, kuman pemakan daging (flesh-eating organism) ini disebut sebagai necrotising fasciitis dan bakteria yang paling kerap menyebabkan tisu manusia dijangkiti kuman dikenali sebagai staphylococcus areus.

“Bagaimanapun, terdapat juga beberapa kuman lain yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti spesis Clostridium, E. coli dan fungus. Kuman ini boleh dijangkiti dengan pelbagai cara,” tulisnya.

Salah satu penyebab adalah dari udang yang dicuci yang mungkin mengandungi salah satu bakteria ini. Kebiasaanya kulit manusia menjadi pelindung semula jadi (natural barrier) tetapi beliau mendapat masalah ini apabila tercucuk berkali-kali menyebabkan luka dan akhirnya membolehkan kuman memakan daging.

via GIPHY

Tambahnya lagi, kadang-kala pesakit mungkin datang dengan jangkitan kuman yang amat teruk. Beberapa simptom boleh dilihat antaranya…

  1. Pesakit mungkin tidak sedarkan diri.
  2. Bahagian yang dijangkiti kuman akan berasa sakit sekiranya dipegang.
  3. Anggota badan pesakit biasanya berwarna kemerahan, bengkak, terasa panas dan mungkin juga bernanah.
  4. Jari menjadi hitam dan mati (gangrene) sehingga menyebabkan sebahagian jari beliau perlu dipotong.
  5. Mengalami tekanan darah rendah sehingga boleh membawa kepada kematian dan risiko kematian adalah setinggi 75 peratus.
  6. Kulit pesakit mungkin juga boleh kelihatan normal dari luar namun tisu di dalam termasuk otot dan fascia (lapisan menyeliputi otot, saraf dan salur darah) telah mati akibat dijangkiti kuman ini.

Sumber: facebook

Malah, bukan saja ketika mencuci udang, Dr Mahyuddin turut memesan pada orang ramai berhati-hatilah ketika memotong ikan di dapur dan jika melakukan aktiviti pancing pun sama.

“Bukan apa, dia pernah menerima kes necrotising fasciitis akibat tercucuk sengat ikan keli, terpijak duri sawit, digigit kucing dan anjing, ditanduk kerbau, disodok babi hutan dan digigit monyet di kebun durian.

Kesimpulannya, jangan main-main dengan binatang! Kalau agak-agak jari sakit dari luar biasa. Terus berjumpa dengan doktor.

Sayangilah kesihatan anda, jangan pandang remeh!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kurangkan Rasa Sakit Senggugut Dengan 4 Pilihan Jus Ini

Mayat Pesakit COVID-19 Umat Islam Dibakar!

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Akibat Sakan ‘BerTikTok’, Remaja Lelaki Ini Tergelincir Dari Tingkat 7. Seriau!

Walau bagaimanapun, kadangkala keghairahan mereka ingin mengejar populariti dalam laman sosial itu selalu mendorong mereka untuk membuat TikTok di merata tempat tanpa memikirkan soal keselamatan.Baru-baru ini tular di TikTok seorang remaja lelaki tergelincir dari tingkat 7 sebuah bangunan ketika dia dan kawannya merakam video mereka.Namun belum sempat mereka menari, remaja lelaki yang memakai baju berwarna merah telah melangkah ke belakang sebelum dia tergelincir dan hampir jatuh ke... Klik untuk baca […]

today24 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *