Hanya sebab tinggalkan anak sebentar untuk ke kedai berhampiran, seorang ibu dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila nyawa anaknya yang berusia 6 tahun tamat tanpa kehadirannya.
Sesetengah orang mengatakan ianya adalah disebabkan kecuaian, namun ada juga yang beranggapan ianya sudah ketentuan yang Maha Esa. Kejadian berlaku di Flat Ladang Gemilang di Kuala Terengganu pada jam 4 petang.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada 4 petang ketika kanak-kanak berkenaan, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul yang bersendirian di rumahnya tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu. Difahamkan, ibu mangsa keluar ke kedai berhampiran, manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur.
Foto: Hmetro (Lokasi kejadian)
Menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, yang juga jiran mangsa ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh.
Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu oleh anak ada budak jatuh, saya kemudian melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal kanak-kanak itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Salam sebelum pergi
“Pagi tadi ketika mengemas rumah, dia bersalam dengan saya dan tidak sangka ia adalah tanda perkara tidak baik berlaku kepadanya,” kata Nurul Emilia Ali yang merupakan ibu mangsa.
Menurutnya, dia tidak menyangka perbuatan anaknya (bersalam) yang dianggap sebagai suka-suka itu adalah salaman terakhir apabila anak ketiga daripada empat beradik itu pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya. Katanya lagi, dia bersama anak bongsunya ke kedai di kawasan sekitar flat itu untuk membeli makanan.
Foto: Hmetro (Keluarga mangsa dan gambar kecil mangsa jatuh flat tersebut)
Nurul Emilia berkata, kebiasaannya dia akan membawa kanak-kanak terbabit bersama ke kedai membeli makanan tetapi disebabkan ketika itu kanak-kanak itu sedang tidur menyebabkan meninggalkannya sendirian. Dua abangnya sudah keluar bermain dan suaminya, Mohd Azizul Mohamad, 35, pula yang bekerja sebagai jurujual berada di Dungun.
Sebelum keluar saya memasang cerita kartun tetapi tidak menyangka apabila terjaga dia menanggalkan sekeping tingkap cermin nako di ruang tamu dan letak di atas sofa. Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah.
“Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
Ramai menyuarakan pendapat masing-masing mengenai hal ini. Ada yang kasihan dengan si ibu, ada juga yang mengecam kerana tindakkan si ibu meninggalkan anak kecil dilihat sungguh bahaya dan penyebab utama kejadian tersebut berlaku.
Apa pun, diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan iktibar buat semua agar jangan sesekali meninggalkan anak kecil di rumah tanpa pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.
Baca juga:
Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami
Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah...
Sumber: Hmetro
Post comments (0)