Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ibu Resah Alat Sulit Anak Mungkin Cacat Kekal, Dikuatiri Doktor Salah Sunat

today22 December 2020

Background

Musim cuti sekolah ini ramai ibu bapa mengambil iniatif untuk bawa anak lealki berkhatan atau bersunat. Pelbagai reaksi akan kita lihat sepanjang proses tersebut ada yang tidak sabar, ada yang mulanya bersemangat kemudian menangis dan ada juga yang awal-awal lagi sudah menjerit ketakutan. Berkhatan atau sunat adalah satu kemestian yang harus dilakukan untuk lelaki beragama Islam.

Setiap orang akan ada pengalaman mereka tersendiri. Ada yang cepat kering, ada yang manja sikit jadi agak lambat untuk kering. Namun, ia satu pengalaman hitam buat si ibu kepada empat anak ini. Alat sulit anaknya mengalami bengkak yang serius selepas dikhatan di sebuah klinik dan kini meminta pihak berkenaan bertanggungjawab.

Menurut ibu, Rosnah Musa, anaknya, Muhammad Adly Hadi Adzrul Effendi, berusia 8 tahun telah berkhatan menggunakan kaedah ‘klamp’ di sebuah klinik swasta pada 13 Disember 2020. Pada hari pertama dan kedua, alat sulit Adly didapati berubah saiznya kepada lebih pendek berbanding asal, selain kepala zakarnya senget ke kiri. Tetapi setelah mengalami bengkak yang serius di bahagian alat sulitnya, anaknya terpaksa dimasukkan ke Hospital Ipoh sejak 18 Disember 2020.

Sebelum itu Adly kerap mengadu sakit, berasa takut dan menangis ketika mahu membuang air kecil tetapi masih bersangka baik kerana kepada Rosnah dan suami ia adalah perkara yang normal. Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila Rosnah mendapati alat sulit anaknya semakin bengkak dan berdarah pada malam ketiga selepas klip tersebut ditanggalkan di klinik tersebut. Doktor kemudian memberi ubat tetapi alat sulit Adly tidak menunjukkan perubahan positif, sebaliknya ia menjadi semakin bengkak dan bernanah.

Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, apabila melihat keadaan itu mereka terus membawa anak mereka ke Hospital Seri Manjung untuk menjalani pemeriksaan. Di sana doktor mendapati alat sulit Adly tenggelam dan bahagian kulit habis dipotong. Doktor terpaksa membius Adly bagi membolehkannya membersihkan darah beku.

Memandangkan luka yang dialami tidak sembuh, Adly dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk pembedahan menampak kulit alat sulitnya dan Adly mungkin perlu menjalani pembedahan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

Satu lagi kemungkinan yang telah meruntun jiwa ibu bapa ini adalah mungkin alat sulit mereka akan cacat kekal dan ia adalah satu fakta yang sangat membimbangkan. Adly katanya masih trauma dan akan menjalani satu lagi pembedahan. Bapa Adly juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Sitiawan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Perkara ini haruslah dipandang serius kerana ia melibatkan masa depan kanak-kanak tersebut. Amatlah penting sebagai ibu bapa memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tips Penjagaan Luka Anak Lelaki Sunat Cepat Kering

Khatan anak gadis konon suntik vaksin

Sumber: Harian Metro

Written by: Adinna


Previous post

sapawi

Sukan

Jumlah ‘Likes’ Di Laman Facebook Portimonense SC Turun Mendadak Sejak Safawi Rasid Disahkan Kembali Ke JDT

Minggu lalu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan pemain kebangsaan, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. TMJ memberitahu perkara tersebut dalam satu temu bual bersama Astro Arena dimana Safawi akan menamatkan tempoh pinjaman beliau bersama kelab Portugal, Portimonense SC. Malah, pengumuman kepulangan Safawi itu turut memberi impak besar... Klik […]

today22 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *