Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ini Kenapa Dibenarkan Rentas Negeri

today8 December 2020

Background

Keputusan kerajaan mengejutkan ramai orang apabila mulai semalam, 7 Disember terdapat beberapa kawasan dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa kerajaan mengambil tindakan ini. Hal ini diperjelaskan Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin.

Image

Menurutnya, langkah terbaharu ini adalah untuk merangsang aktiviti perniagaan secara langsung dan dalam skala yang lebih luas kepada keseluruhan ekosistem perniagaan domestik. Malah dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara terutama pada suku keempat tahun ini.

Mengulas lanjut pengumuman berkenaan, Irwan Shah berkata, tindakan ini juga dapat memberikan momentum positif kepada ekonomi negara untuk berkembang pada kadar yang lebih baik pada tahun depan.

“Keputusan penamatan PKPB secara khusus akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik sebagai pelengkap kepada inisiatif gelembung perjalanan domestik yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini,” katanya.

Koronavirus: Sektor pelancongan akan dibantu | Harian Metro

Namun begitu, pemulihan ekonomi dijangka berbeza mengikut sektor, contohnya, sektor pelancongan dilihat akan pulih hanya pada sekitar suku keempat tahun ini dan juga suku pertama tahun depan.

Kini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bermula hari ini, polis tidak lagi akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini.

Pasangan Jarak Jauh Kini Dibenarkan Rentas Negeri

Ini Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Rentas Daerah & Negeri Bermula Hari Ini

Sumber: bhonline

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Saringan awal elak risiko sakit jantung

FARID AHMAD TARMIJI, WARTAWAN EKSEKUTIF.UMUM mengetahui ma­salah serangan jantung merupakan penyakit yang begitu ditakuti khasnya kepada penduduk Malaysia. Dianggap sebagai pembunuh senyap, mereka yang diserang penyakit ini juga berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa dalam sekelip mata. Lebih menakutkan, penyakit jantung turut dianggap sebagai penyumbang tertinggi kepada kadar kematian di negara ini. Sepanjang tahun lalu, seba­nyak 173,746 kematian telah direkodkan dengan 109,164 kes... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *