Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Isu ‘Kari Terbang’ Dari Flat PPR Ancam Keselamatan Penduduk

today9 March 2021

Background

Sebelum ini juga pernah hangat isu penduduk tingkat atas di kawasan perumahan bertingkat seperti flat, kondominium atau apartment membuang bungkusan sampai ke bawah sehingga ada yang menyebabkan kematian. Namun, tindakan sangat tidak bertanggungjawab ini masih kerap dilakukan oleh sesetengah penduduk di kawasan tersebut.

Terbaru, kejadian seperti ini telah berlaku di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi pada Ahad lalu. Menurut laporan mangsa, Aman Bidin yang merupakan menghuni flat itu berkata, dia dan isteri baru sahaja selesai menghantar makanan pada jam 2 petang sebelum mendengar bunyi dentuman objek daripada cermin belakang kereta. Tambahnya, dia sangat bernasib baik sampah itu tidak terjatuh atas kepalanya.

Nasih baik tak ‘berkari’ kepala aku..

Itulah yang diujar Azman ketika dia menceritakan kejadian malang yang menimpa dia dan isteri. Tambahnya lagi, isterinya ketika itu baru sahaja memasuki kereta dan terdengar satu bunyi yang kuat macam ada objek jatuh. Rupa-rupanya, satu plastik kari telah dicampak oleh tetangga yang duduk di tingkat atas di flat PPR tersebut.

Kebimbangan perkara seperti ini berlaku kepada penunggang motosikal adalah lebih bahaya memandangkan bungkusan sampah yang dijatuhkan dari tingkat atas adalah agak kuat berikutan graviti bumi. Perkongsian ini telah dilakukan oleh Azman di Facebook miliknya dan ia telah mendapat kecaman hebat dari warganet yang menyatakan tindakan seperti itu adalah sangat tidak bermoral.

Azman juga sempat berkongsi pendapatnya bahawa masyarakat seperti ini perlu diberikan tindakan dengan memberikan hukuman yang tinggi kepada pelaku kerana ia melibatkan keselamatan orang lain. Jika perkara ini berlaku kepada kanak-kanak atau warga emas, mungkin boleh menundang maut.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kotor Teruk! Lihat Keadaan Kawasan Miskin Pulau Pinang

Drama Jiran Bergaduh Tentang Seluar Dalam Siapa Berakhir Dengan Belanja Makan KFC

 

 

Sumber: Sinar Harian

Written by: Adinna


Previous post

Chong Yee Fatt

Sukan

Chong Yee Fatt Tetap Puas Hati Dengan Aksi Pemain Perak FC

Ketua jurulatih Kelab Bolasepak Perak (Perak FC), Chong Yee Fatt masih gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya meskipun gagal mencatatkan kemenangan pada perlawanan sulung Liga Super 2021 bertemu Petaling Jaya (PJ) City FC, Ahad lalu. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh itu menyaksikan Perak gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang terutamanya pada separuh kedua berikutan kecemerlangan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi. Namun, Yee Fatt... Klik untuk baca […]

today9 March 2021