Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Isu Pekerja Lempar Barang, Pihak J&T Mohon Maaf

today8 February 2021

Background
Pekerja J&T Perak minta maaf

Sebuah video tular di media sosial memaparkan aksi sekumpulan pekerja syarikat kurier terkenal, J&T Express Malaysia Sdn Bhd melempar barangan palangan mereka di sebuah gudang barangan yang di percayai berlaku di Perak sebagai satu tanda mogok mereka.

J&T Express kemudiannya telah bersuara menerusi satu surat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggan dan orang ramai atas apa yang berlaku di dalam video tersebut. Menurut pihak J&T, kejadian tersebut berlaku adalah satu salah faham kerana ada beberapa pekerjanya tidak berpuas hati dan kurang jelas dengan sistem pengagihan bonus syarikat tersebut.

Surat minta maaf J&T

Difahamkan, pihak J&T memberi bonus penuh kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus (bagi yang bekerja kurang setahun) dibayar mengikut tempoh masa pekerja (bekerja). Dalam surat permohonan maaf tersebut, mereka jelaskan beberapa pegawai jabatan telah menghasut pekerja mereka untuk lakukan mogok dan telah menyebarkan video tersebut di media sosial.

J&T juga turut menegaskan pihak syarikat tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja. Pihak mereka juga kini sedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan. Terdahulu, J&T juga turut menerima aduan mengenai pekerjanya curi makan dan minuman dari parcel palanggan. Oleh itu, dalam kenyataan sama pihak J&T turut mengakui ada berlaku kelemahan pengurusan membabitkan dakwaan netizen yang ada pekerja telah mencuri makanan dan minuman dari bungkusan yang dikendalikan.

J&T juga telah berkongsi di ruangan Facebook mereka satu video permohonan maaf dari beberapa pekerja J&T Perak berhubung insiden membaling barang pelanggan. Namun, video tersebut telah menerima kecaman hebat dari pelanggan dan warganet memandangkan ramai yang mengalami kerugian disebabkan kerosakan dan kehilangan barangan serta penghantaran yang tertangguh melebih had yang ditetapkan. Warganet berpendapat kejadian sebegini tidak akan berlaku sekiranya pihak pengurusan J&T menjaga kebajikan pekerja mereka.

J&T turut jelaskan disebabkan peningkatan pesat dalam jumlah bungkusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), J&T mengambil lebih banyak bungkusan dari masyarakat. Justeru itu, pihak mereka telah mengupah lebih banyak pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja sementara.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Biadab Betul Bahasa” – Penghantar Barangan Syarikat Kurier Ini Dikecam Hantar Mesej Kurang Sopan

Siapa Patut Dipersalahkan Bila Barang Kurier Rosak?

 

 

 

 

Sumber: Facebook J&T Express

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *