Sewaktu kedatangan wabak berbahaya, COVID-19 semenjak pertengahan Mac tahun lepas, pelbagai persoalan dan agenda yang timvul dalam masyarakat Malaysia.
Lebih mengejutkan apabila ada yang berdegil untuk mematuhi peraturan bagi mengekang penularan wabak ini. Kononnya, ini adalah sebuah agenda dari negara barat.
Belum lagi selesai isu itu, kini timbul lagi persoalan mengapa warna jarum yang bertukar ketika menyedut dan menyuntik vaksin COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya penggunaan warna jarum yang berbeza semasa suntikan adalah untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.
Perkara ini diterangkan oleh pihak KKM dengan spesifik fungsi setiap warna jarum untuk menyuntik vaksin Pfizer.
Tidak cukup dua warna yang diterangkan, berikut adalah 10 senarai jenis jarum dengan saiz dan warna yang berbeza.
Semoga penerangan ringkas ini memberi manfaat. Jangan mudah buat spekulasi ye!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Sedut Warna Biru, Suntik Warna Oren” Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan Prosedur Suntikan Vaksin
Zul Yahya Anti Vaksin & Berhentikan Anak Sekolah Demi Masa Depan?
Sumber: bernama