Peliknya kalau zaman sekarang masih ada lagi individu yang seakan tidak matang walau usia sudah mencecah lebih 50-an.
Ejek mengejek ni selalu dilakukan oleh kanak-kanak yang akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan dan ia pastinya adalah perangai yang tidak elok diamalkan. Bayangkan kalau budak kecil pun boleh bergaduh, inikan pula orang dewasa. Jarang berlaku kerana jarang orang ‘tua’ ejek-mengejek kan?
Perlu diingat, gurauan dan ejekan adalah perkara berbeza.
Apa yang berlaku di Kupang, Indonesia baru-baru ini agak menyedihkan. Hanya kerana berang sering dihina kerana miskin menyebabkan seorang warga emas hilang pertimbangan dan membunuh jirannya.
Kejadian berlaku di Desa Tungganamo, Pantai Baru di Kupang Indonesia, menyebabkan mangsa berusia 57 tahun cedera di belakang kepala, muka selain luka di badan.
Ketua Perhubungan Awam Polis, Anam Nurcahyo berkata, motif pembunuhan kerana suspek yang berusia 67 tahun tidak tahan apabila sering diejek mangsa disebabkan dia miskin.
Dendam disimpan
Dia diejek sehingga suspek menyimpan dendam dan hilang pertimbangan sebelum membunuh jirannya itu dengan kayu pada 24 September lalu.
Kematian mangsa terbongkar selepas mayatnya ditemui penduduk di bawah pokok di kebun. Polis melakukan siasatan selama dua minggu sebelum menahan suspek pada Rabu lalu.
Menurut pihak berkuasa, 24 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan kejadian itu dan suspek mengaku membunuh mangsa. Katanya, suspek kini dalam tahanan untuk tindakan lanjut.
Awas kalau nak ejek orang ye!
Baca juga:
Pengawal keselamatan pukul jiran direman
Wanita gigit kemaluan jiran cuba memperkosanya
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Hmetro
Post comments (0)