Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Katil Terhad, Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Akan Dihantar Ke ICU

today21 May 2021

Background

Akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara kita. Perkara tersebut secara tidak langsung membimbangkan semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa yang lebih merisaukan apabila wujudnya mutasi-mutasi Covid-19 yang lebih berbahaya dan ‘ganas’ datang dari negara India dan Afrika Selatan.

Lapor Harian Metro, pesakit kronik di hospital Kedah yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk sembuh tidak akan lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jumlah katil yang semakin terhad. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menjelaskan jumlah katil sedia ada di ICU masih mencukupi namun, risau jika pesakit kritikal yang lain tidak dapat dimasukkan ke ICU berikutan kepadatan pesakit Covid-19.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post