Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan bahawa agensi-agensi yang berada di bawah bidangnya akan membuka semula perkhidmatan kaunter kepada orang bermula 1 Julai ini di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) ketika ini.
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah berkongsi hantaran Facebook mengenai pembukaan semula kaunter mereka dan kali ini pembukaan semula kaunter dilakukan dengan mengikut saranan SOP dari pihak kerajaan.
Pihak JPJ telah meletakkan beberapa info utama bagi memudahkan orang ramai untuk menyelesaikan urusan di kaunter-kaunter mereka seperti berikut:
- Hanya urus niaga yang tidak boleh dibuat secara online sahaja yang boleh hadir ke kaunter JPJ.
- Waktu operasi terhad dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
- Cara pembayaran sama ada tunai atau cashless.
- Semua urusan dibuat secara temu janji berjadual sahaja dan walk-in tidak dibenarkan sama sekali. Anda boleh klik pautan berikut mengikut negeri masing-masing untuk membuat temu janji — JPJ Negeri Pahang, JPJ WP Labuan, JPJ Negeri Kedah dan JPJ Cawangan Sri Manjung.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.