Di Malaysia, kita selalu gelar pengantin sebagai raja sejari. Hal ini kerana kita akan melayan pengantin baru bak raja bersama permaisurinya. Hari perkahwinan adalah hari yang paling bahagia buat pasangan kekasih kerana akhirnya mereka disatukan dan melangkah bersama ke alam baru. Namun, perkara ini dianggap satu mimpi buruk kepada seorang pengantin baru di Bandar Urgench, wilayah Khorezm, Uzbekistan.
Pengantin perempuan tersebut seakan diseksa apabila seluar dalamnya ditanggalkan olah saudara mara suaminya selepas selesai majlis perkahwinan bagi tujuan memeriksa sama ada dia masih dara atau sebaliknya. Pemeriksaan itu dilakukan oleh ahli keluarga pengantin lelaki kerana mereka merasakan gadis itu sudah tiada dara sebelum berkahwin.
Dalam satu video kejadian yang viral di media sosial itu menunjukkan mangsa dikerumuni oleh saudara mara suaminya dan video itu dirakam oleh pembantu rumah keluarga pengantin lelaki. Munurut laporan yang dikongsi, majlis perkahwinan pasangan itu dibuat mengikut budaya tradisional Uzbek. Awal majlis, semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi selepas selesai majlis, tiba-tiba keluarga pengantin lelaki menuduh gadis itu sudah hilang dara dan mahu memeriksa kemaluannya. Macam itu pun boleh ya?
Laporan turut menyatakan mangsa dibaringkan di katil dan seluar dalamnya ditanggal oleh ahli keluarga perempuan pengantin lelaki. Mangsa sempat melawan, tetapi tidak berdaya dan akhirnya membiarkan sahaja seluar dalamnya ditanggalkan. Mangsa hanya mampu menutup wajahnya dengan kedua telapak tangan dan menangis. Ahli keluarga pengantin lelaki turut melemparkan kata-kata yang menuduh dia tidak menjaga dara sebelum berkahwin dan si pengantin lelaki pula hanya duduk diamkan diri.
Setelah ‘pemeriksaan’ itu selesai, mangsa memakai seluar dalamnya dan duduk sambil menangis dan menahan kesakitan. Menurut bapa tiri mangsa, si pengantin lelaki itu sebenarnya telah memperkosa anaknya tetapi hanya diketahui oleh keluarga mereka selepas majlis perkahwinan itu.
Tambahan, pihak pengantin lelaki juga meminta pengantin perempuan untuk membayar kos majlis pernikahan mereka sebanyak RM19,600. Namun, apabila keluarga pengantin perempuan tidak mahu menuruti permintaan itu, keluarga pengantin lelaki memuat naik video di media sosial dan menyindir mereka secara terbuka. Keluarga pengantin perempuan telah membuat laporan polis atas dakwaan difitnah, anak mereka diaibkan sehingga menyebabkan maruah mereka sekeluarga terjejas.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut. Netizen di media sosial juga mengecam tindakan pihak keluarga pengantin lelaki. Ada yang menuduh mereka sengaja memeras keluarga mangsa dan tindakan mereka mahu memeriksa dara seseorang perempuan selepas berkahwin adalah tidak masuk akal. Di zaman moden, masih ada tradisi seperti ini..
Baca juga:
Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya
Shaheizy Sam Dilabel Punyai Budaya Buruk Ketika ABPBH 33?
Sumber: News Beezer
Post comments (0)