Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kereta Mewah Habis Dicakar Ayam Jantan Bergaduh Dengan Bayangnya Sendiri

today1 February 2021

Background

Kelakar tapi kesian.. Tindakan ayam yang kelakar tapi kesian kepada si pemilik kereta mewah tersebut. Selalunya kita akan dapat lihat ayam sabung sesama jenisnya sahaja namun baru-baru ini, kelakuan pelik seekor ayam jantan yang bertarung dengan dirinya sendiri mengundang perhatian netizen di media sosial.

Perkongsian video oleh akaun Tik Tok marybel_93 menunjukkan ayam tersebut telah menyerang sebuah kereta yang diparkir di halaman sebuah rumah. Ayam itu dilihat melompat-lompat dan menerpa bayangnya sendiri yang dilihatnya dalam keadaan yang agak agresif.

Difahamkan mungkin ayam itu berkelakuan seperti itu selepas melihat bayangannya sendiri kerana menyangka bayangan yang ada pada kereta itu adalah ayam jantan lain yang menceroboh ke kawasannya. Amboi garangnya dia! Betul-betul ‘abang kawasan’ yang menjaga kawasan dengan baik.

@marybel_93heres the original video @l.carrillo__ sent when it happened lmfao she was mad at first guys i swear ? ##herlaugh ##securitycameracaughtthis ##HellCat♬ original sound – Marybel

Tindakan ayam tersebut untuk mencakar dan terpa bayangnya itu dilakukan berkali-kali kerana masih tidak berpuas hati. Ayam itu kemudiannya sambung menyerang bayangannya sendiri dan telah mengakibatkan calar teruk pada dua pintu kenderaan tersebut.

Video ayam tersebut sungguh menghiburkan warganet dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan ayam tersebut. Ada juga yang membuat kesimpulan mungkin ayam jantan itu mungkin sudah menjadi ayam goreng disebabkan perbuatannya. Gara-gara geram dengan bayang sendiri, habis kereta orang lain jadi mangsa.. Alahai ayam!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lelaki Rogol 15 Ekor Ayam, Mengaku Masih Tidak Puas

Berang Sebab Tak Dapat Untung, Peniaga Buang Semua Telur Ayam

 

 

 

 

Sumber: TikTok Marbel_93

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *