Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Telefon Di Klinik Haiwan Tidak Berhenti Berdering Gara-Gara Berita Palsu Kucing Pembawa Virus Covid-19

today28 May 2021

Background

Sekitar pertengahan Mei, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan kajian bertajuk “SARS-COV2 (Covid19) & Kucing” untuk mengetahui sekiranya haiwan peliharaan seperti kucing boleh dijangkiti Covid-19 daripada pemilik mereka.

Namun, ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain yang mengatakan bahawa kucing membawa kepada penularan virus membunuh Covid-19 kepada manusia. Hal ini benar-benar berbeza dengan apa yang dikaji.

Baca juga: Tidak Dapat Hantar Produk Yang Berjumlah 1.4 Juta, Saharul Ridzwan Mengaku Perniagaan Terjejas

Perkara ini mula tular dan diperkatakan ramai. Ini membawa kepada rasa bimbang pemilik kucing. Seorang pengguna di Twitter yang juga merupakan seorang doktor haiwan mendedahkan bahawa klinik haiwan tidak henti-henti menerima panggilan telefon daripada orang ramai terutama pemilik kucing.

Pemilik-pemilik kucing ini begitu risau sehingga ada yang ingin membuang kucing peliharaan mereka. Hal ini sangat menyedihkan dan tidak adil buat kucing-kucing tersebut. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menjadi lebih buruk.

Semalam, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat satu kenyataan rasmi menafikan dakwaan tular bahawa kucing membawa kepada penularan Covid-19 terhadap manusia. Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Profesor Dr Abdul Rahman Omar berkata, mesej yang tular mengatakan pihaknya membuat kajian berikutan semakin ramai yang memelihara kucing dijangkiti Covid-19 adalah tidak benar sama sekali.

Sekarang semakin banyak berita tidak tepat dan tidak benar tular di media sosial. Dengan keadaan yang genting seperti hari ini, ia hanya menambah kepada ketakutan rakyat dan menjadikan perkara lebih buruk. Jadilah rakyat yang bertanggunjawab dalam menyebarkan informasi. Semoga setiap makhluk tidak kira manusia mahupun haiwan  terus dilindungi.

Baca juga: “Elak Ibu Bapa Forward Berita Palsu..” – Khairul Aming “Seru” Warganet Bidas Berita Palsu COVID-19 Dengan Fakta Sahih 

Sumber: Jawahir Abdullah

Written by: Danisyah Dalily


Previous post