Di Malaysia, harga seekor lembu gred biasa di bawah RM5000 kita boleh dapat. Hari ini kami kongsikan kisah seekor lembu yang nilainya cecah jutaan ringgit dan ada yang sanggup membelinya dengan harga yang begitu tinggi itu. Seekor lembu bernama ‘Posh Spice’ telah sebagai lembu paling mahal di Eropah. Untung jadi lembu! Opss..
Lembu baka Heifer itu telah diberi nama Posh Spice sama seperti gelaran yang digunakan oleh selebriti Britain, Victoria Beckham semasa menganggotai kumpulan pop, Spice Girls. Adakah itu salah satu sebab ia boleh terjual dengan harga yang tidak masuk akal? Selepas ini mungkin anda boleh cuba bela seekor lembu atau kambing dan berikan mereka nama artis terkenal untuk terima nasib seperti pemilik lembu, Posh Spice yang menjadi jutawan kerana seekor lembu sahaja.
Menurut laporan, Posh Spice dijual pada harga £262,000 iaitu lebih kurang RM1.4 juta. Ia dikatakan lebih mahal daripada harga purata rumah di Britain. Kalau nak diikutkan di Malaysia, kita boleh dapat sebuah banglo di kawasan luar bandar. Nilai lembu itu juga merupakan paling mahal di dunia untuk lembu baka Limusin Heifer iaitu dua kali ganda berbanding £131,250 (RM724,187) yang dibayar pada 2014.
Tambah laporan, lembu betina tersebut berusia sahaja berusia setahun. Pemilik asal lembu itu, Christine Williams dan Paul Tippetsya dari Shropshire, England amat terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh pembeli iaitu pemilik baru Posh Spice. Pemilik asal lembu tersebut menyatakan harga yang ditawarkan benar-benar di luar jangkaan mereka namun dalam masa yang sama ia merupakan satu rezeki yang amat mereka hargai.
Pemilik asal Posh Spice kemudiannya menjelaskan pilihan nama unik lembu itu, Posh Spice bukanlah kerana ia memiliki ‘mood’ seperti penyanyi berkenaan. Mereka hanya mencari nama yang sesuai dipadankan dengan induknya iaitu ibu lembu yang bernama Ginger Spice maka terhasillah Posh Spice.
Siapa sangka jual lembu seekor boleh jadi jutawan? Kalau kita lihat pada gambar di atas, jelas menunjukkan bahawa lembu tersebut nampak begitu kemas dan ‘cantik’. Ini membawa maksud pemilik asal lembu ini telah menjaganya dengan baik. Laporan turut berkongsi daging Posh Spice sangat sedap dan berkualiti jika dibandingkan dengan lembu biasa kerana diet yang diberikan oleh pemilik asal lembu ini sangat bagus. Jadi, selepas ini ada yang nak jadi penternak lembu?
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
[VIDEO] Gelagat Kucing Ini Pandai ‘Bersopan Santun’ Minta Makanan Buat Ramai Geram. Comel!
Sumber: DailyMail
Post comments (0)