Walaupun keadaan pandemik COVID-19 masih belum reda di Malaysia dan terdapat juga beberapa negeri yang masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun pembukaan semula sekolah dilihat perlu. Ia bagi mengimbangi keperluan akses pendidikan dalam persekitaran yang selamat bagi memastikan pelajar tidak jauh ketinggalan dalam pembelajaran.
Sesi persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat dan kebanyakan pelajar sekolah menengah akan memulakan sesi mereka selepas calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menamatkan peperiksaan mereka. Oleh itu, semua calon SPM masih lagi hadir ke beberapa kelas tambahan yang disediakan guru mereka. Tidak dinafikan, menjadi seorang guru bukan sesuatu yang mudah kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Satu perkongsian oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ammar telah memuat naik satu tweet yang berkongsikan rasa sedih terhadap situasi yang melanda ibunya yang merupakan seorang guru apabila para pelajarnya tidak menghargai usaha guru tersebut membuat kelas tambahan.
sedih jadi cikgu zaman sekarang ni. murid tak reti hargai. pic.twitter.com/NyABUgxchu
— ammar (@ammmmmaarrrrr) February 27, 2021
Situasi ini dilihat lebih menyedihkan apabila guru tersebut siap membawa sarapan pagi untuk menjamu para pelajarnya namun hanya seorang sahaja yang hadir. Menerusi screenshot yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp memaklumkan hanya seorang yang hadir ke kelas daripada 14 orang pelajar.
Rata-rata warganet turut meninggalkan komen yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pelajar yang mengambil mdah usaha yang dilakukan oleh guru mereka. Tambahan, mereka juga meninggalkan kata-kata semangat buat guru terebut dan turut mendoakan supaya pelajar yang hadir itu mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.
Para pelajar sepatutnya menghargai jasa guru yang sanggup korbankan masa mereka di hujung minggu untuk mengajar kelas tambahan. Guru-guru juga mempunyai keluarga dan anak yang perlu diberi perhatian namun mereka masih sempat menyelit masa mereka untuk membuat kelas tambahan untuk memastikan anak-anak muridnya bersedia menghadapi peperiksaan untuk masa depan mereka.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Tak Faham Ke Tak Cerdik?”Rita Rudaini Jawab Isu Meminta Pertimbangan Tarikh Buka Sekolah
[VIDEO] Cikgu Sekolah Memandu ‘Tepuk Dahi’ Lepas Tengok Cara Mak Cik Ini Elak Ujian Titi
Sumber: Twitter @ammmmmaarrrrr