Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Operasi Tutup! Pekerja Nasi Kandar Pelita Shah Alam Positif COVID-19

today31 December 2020

Background

Semalam, 30 Disember Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,870 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,562 kes.

Lebih mengejutkan lagi apabila keluar satu kenyataan dari pihak pengurusan Pelita Samudra Pertama(M) Sdn Bhd memaklumkan semalam salah seorang pekerja mereka di cawangan Shah Alam positif COVID-19 selepas melakukan swab test.

Staff of Pelita restaurant in Shah Alam positive for Covid-19

Berikutan itu, pihak mereka mengambil keputusan untuk menutup cawangan Nasi Kandar Pelita di Komplek Masalam Shah Alam bermula 30 Disember sehingga diberitahu kelak.

Penutupan premis bertujuan untuk proses saringan kontak rapat dan proses sanitasi serta nyahkuman. Bagaimanapun, cawangan Nasi Kandar Pelita di tempat lain beroperasi seperti biasa.

 

Image

Mereka yang menjadi pelanggan di premis Nasi Kandar Shah Alam diminta untuk membuat ujian saringan swab test.

Harap tiada pengumuman kluster Nasi Kandar. Apa pun, patuhi SOP!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pasukan keselamatan Duterte diberi vaksin COVID-19 belum diluluskan

Hukum ambil vaksin Covid-19 adalah harus

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *