Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Patut Tak Kongsi Semua Perkara Mengenai Pasangan Di Media Sosial?

today3 February 2021

Background

Semenjak perkembangan teknologi dan pelbagai akaun media sosial wujud, ramai mula berkongsi kisah hidup mereka seharian memandangkan penggunaan aplikasi semakin canggih.

Malangnya, timbul beberapa perkara yang membuatkan masyarakat bertindak di luar kawalan misalnya  menunjukkan aib pasangan atau terlampau mendedahkan apa yang berlaku di sebalik selimut rumah tangga.

Berikutan itu, Kool Chat pagi tadi membincangkan topik mengenai isu ini dan mereka berjaya mendapatkan suara dari seorang pendengar Kool FM yang sudah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun.

Lima Kalimat Ini Bikin Pasangan Makin Romantis

Menurutnya, hal isteri dan anak-anak adalah peribadi. Ada perkara yang boleh dikongsikan dan ada perkara tidak perlu, apa yang paling utama tak perlu mengangkat untuk menjatuhkan.

“Misalnya, sesetengah pasangan kita lihat sekarang memuat naik sedang cium tangan, cium pipi, cium ketiak di media sosial. Buat apa nak upload? Itu hal kasih sayang suami isteri, tak perlu dedahkan di mana-mana platform.”

Tambahnya lagi, jika ada segelintir berkongsi pasangannya pandai memasak atau mendedahkan tentang kemahiran suami atau isterinya hal memasak, pada saya itu bagus kerana memberi manfaat kepada orang,” jelasnya.

Untuk dengarkan lebih terperinci, klik saja di sini.

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Bersyukur saat diuji – Kosmo Digital

ARINA AZLANWARTAWAN EKSEKUTIFDi saat pandemik Covid-19 me­landa dunia, impak yang dibawa bersama kadangkala boleh membuatkan kita jatuh terduduk. Ramai yang kehilangan punca pendapatan dan ada yang bergelut bertahan di mana-mana tempat kerja dengan harapan aliran wang tidak terputus. Baru-baru ini, seseorang yang penulis kenali mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan daripada pekerjaannya. Pada mulanya, ahli keluar­ganya mempersoalkan keputusan individu itu yang dianggap tidak... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *