Seorang pekerja perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang dari sebuah syarikat terkenal memuat naik status di akaun Facebook miliknya menyatakan dia terjumpa dompet dengan sejumlah wang yang banyak ketika melakukan tugasan harian.
Pekerja tersebut yang menggunakan nama Putera Shazlan turut memberikan nombor telefon untuk memudahkan pemilik menghubunginya.
Tidak berapa lama selepas itu, pemilik dompet tersebut menghubunginya dan dia berjumpa dengan lelaki tersebut untuk menyerahkan semula dompet yang dijumpainya itu.
Perkara ini dimaklumkan oleh salah sebuah Group di Facebook, Penang Netizen. Dalam masa yang sama, Putera Shazlan dipuji kerana bersikap jujur dan tidak mudah gelap mata walaupun terjumpa duit yang begitu banyak.
Tindakan yang ditunjukkan oleh Putera Shazlan ni boleh dijadikan sebagai contoh. Lagipun jika kita ambil benda yang bukan hak kita, pasti kita akan menerima balasan yang lebih parah.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Dulu Penghidap Kanser Germ Cell Tumor’, Kini Adik Ainul Kini Sudah Laju Berjalan
Putuskan Rantaian COVID-19, Dapatkan Ubat Melalui Pos (UMP)
Sumber: facebook